Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)


SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1 yang mana di Malaysia sahaja sudah meragut 4 nyawa.

Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak.

Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus **** dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak dan hidung berair dan kadangkala muntah serta cirit-birit.

Penyakit itu mula merebak apabila mereka yang dijangkiti menggunakan tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, kemudian menyentuh sebarang permukaan, atau bila titisan-titisan air tersebar ke udara. Mereka yang tidak dijangkiti kemungkinan menyedut udara yang sudah tercemar, atau menyentuh tangan mereka yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar lalu terdedah kepada penyakit berkenaan.

Oleh itu, bagi mencegah ia daripada merebak, seseorang itu perlu sentiasa mengekalkan kebersihan yang sewajarnya; sebagai contoh, tutup mulut dan hidung setiap kali anda batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu itu segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air.

Jika anda sakit atau terdapat tanda-tanda seperti terkena selesema, duduk saja di rumah dan elakkan bersentuhan dengan orang lain, elakkan pergi ke tempat yang dipenuhi orang ramai, tempat awam atau menggunakan kenderaan awam. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut kerana rembesan daripada tempat itu mengandungi virus dan boleh menjangkiti orang lain.

Tanda dan gejala penyakit ini boleh beralih daripada orang dewasa kepada kanak-kanak, dan individu kepada individu lain. Justeru, di sini dinyatakan beberapa tanda amaran sebagai langkah berwaspada.

Walaupun vaksin adalah cara paling berkesan bagi melindungi orang ramai ketika merebaknya wabak influenza, sehingga kini, belum ada vaksin yang boleh menentang virus H1N1. Bagaimanapun, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mencegah diri kita daripada dijangkiti.

Sebagai permulaan, cuba elakkan daripada menyentuh mata, hidung, telinga dan mulut anda kerana ini adalah cara paling mudah bagi virus iu masuk ke dalam badan. Anda juga dinasihat agar sentiasa mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan air daripada hanya membilasnya dengan air semata-mata. Gunakan teknik yang betul seperti yang dinyatakan di bawah sebagai panduan:

Elakkan berada di tempat yang terlalu sesak dan kekalkan pengalihan udara disamping penjagaan kebersihan diri yang baik. Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara, adalah lebih baik menangguhkannya terlebih dahulu sehingga wabak ini benar-benar reda.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil beberapa langkah perlu bagi mengawal H1N1 daripada merebak seperti mengadakan saringan terhadap sebarang gejala H1N1 di setiap pintu masuk ke Malaysia kepada warga tempatan dan juga warga asing di samping menyebarkan khidmat nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Oleh itu, dengan semua maklumat berkaitan yang diperoleh, anda patut melindungi keluarga daripada terkena wabak ini seterusnya membantu Malaysia bebas daripada terkena H1N1. Paling penting, ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk mengambil langkah yang perlu bagi mencegah virus selsema ini daripada merebak.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan



Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1


1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kredit : http://www.ehoza.com

Penilaian dan strategi pengajaran

Guru permulaan oleh DR. ISMAIL ZAIN drismailzain@yahoo.com
SETIAP guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bukan hanya untuk memenuhi kriteria peperiksaan awam sahaja.
Sesungguhnya sesuatu penilaian dan pengukuran itu harus bersandarkan kepada hasilan pembelajaran yang dikenal pasti di peringkat perancangan. Hasilan pembelajaran pula harus juga didasarkan kepada taksonomi pembelajaran.
Taksonomi Bloom (1956) mengklasifikasikan pembelajaran kepada domain kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala John Biggs, (1982) memperkenalkan Taksonomi SOLO (Structure of the Observed Learning Outcomes) yang menyediakan cara yang sistematik untuk menilai prestasi murid dalam proses penguasaan ilmu.
Dalam domain kognitif misalnya terdapat pemeringkatan pembelajaran yang disenaraikan oleh Bloom iaitu bermula dengan peringkat pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk menentukan pemeringkat penilaian dan pengukuran prestasi murid berdasarkan pemeringkatan pembelajaran yang dirumuskan dalam hasilan pembelajaran mengikut kesesuaian tahap dan topik sesuatu pembelajaran.
Dalam proses menentukan pemeringkatan yang terdapat dan taksonomi pembelajaran, guru seharusnya mengambil kira tentang strategi yang harus digunakan untuk menjana pemikiran murid yang lebih kritis dan kreatif ke arah mewujudkan murid yang lebih bersifat global tanpa hanya menumpukan kepada hafalan fakta sahaja.
Sama ada penilian tersebut berbentuk objektif, struktur atau esei bukanlah isunya dalam menentukan ketajaman minda murid, tetapi strategi yang digunakan untuk menguasai ilmu tersebut mengikut domain pembelajaran yang dikemukan oleh Bloom atau Biggs adalah penting bagi guru membuat perancangan dan merangka aktiviti yang sesuai untuk murid melaksanakannya ke arah penjanaan minda kritis, kreatif dan inovatif.
Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru harus kreatif merancangan pelbagai strategi dengan mengambil kira pelbagai teori dalam pembelajaran.
Inilah masanya bagai guru-guru menyemak semula teori-toeri pembelajaran yang banyak memberi panduan dan bimbingan ke arah merancang aktiviti pembelajaran yang mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
Strategi penjanaan minda kreatif dan kreatif dengan menggunakan pelbagai alat pemikir (mind tools) yang dicadangkan oleh ahli pemikir Edward De Bono misalnya harus mampu difahami oleh guru untuk diaplikasi dan disesuaikan di bilik darjah.
Penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang ICT yang merupakan salah satu aspek kemahiran guru di Abad ke 21 serta kemampuna mengintegrasikannya dalam proses pembelajaran merupakan satu nilai tambah untuk dilaksanakan dan mampu membuka minda murid untuk mereka berfikir di luar kotak sepertimana yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Justeru, dapatlah diperkatakan bahawa kecemerlangan murid bukanlah hanya bergantung kepada preatasi mereka dalam peperiksaan sahaja tetapi banyak bergantung kepada proses pemhelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Tanpa perubahan dan inisiatif guru untuk melaksanakan pembelajaran secara lebih bermakna, apa sahaja sistem yang diperkenalkan oleh pihak atasan mungkin tidak akan mampu mencapai hasrat dan aspirasi negara.

TERAS PERKHIDMATAN AWAM


TERAS PERKHIDMATAN AWAM


Panduan Etika Perkhidmatan Awam yang cemerlang adalah berlandaskan kepada 7 Teras Perkhidmatan :


1.                 Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan

2.                 Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab

3.                 Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri

4.                 Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah Dan Kemesraan

5.                 Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat

6.                 Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan Dan Musuh-Musuh Negara

7.                 Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

Staf

ORGANISASI PENTADBIRAN 
SJK(C) YU MING

EN. WEY YOK SAN 
(Guru Besar)

PN. CHEN SOO FAH 
(Guru Penolong Kanan 1)

WEI MEE FONG
(Guru Penolong Kanan HEM)

LEE JOO KIOW
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Bidang Kurikulum SJK (C) Yu Ming 2010

1.   JAWATANKUASA KURIKULUM
      Pengerusi : Guru Besar
      Setiausaha : Chen Soo Fah
      AJK : Lee Joo Kiow ( S/U Peperiksaan Awam )
                Semua Pengerusi Panitia

2.   JAWATANKUASA PANITIA / PERSATUAN & KELAB
      Pengerusi : Guru Besar
      Setiausaha : Chen Soo Fah
      AJK : Semua Pengerusi Panitia

3.   PANITIA / PERSATUAN BAHASA CINA
      Ketua : Lee Joo Kiow
      Setiausaha : Tan Chai Har
      AJK : Semua Guru Bahasa Cina

4.   PANITIA / PERSATUAN BAHASA MALAYSIA
      Ketua : Wei Mee Fong
      Setiausaha : Lee Joo Kiow
      AJK : Semua Guru Bahsa Malaysia

5.   PANITIA / PERSATUAN BAHASA INGGERIS
      Ketua : Chua Han Nee
      Setiausaha : Tan Hwee Yin
      AJK : Semua Guru Bahasa Inggeris

6.   PANITIA / PERSATUAN MATEMATIK
      Ketua : Chiam Siew Yong
      Setiausaha : Chua Han Nee
      AJK : Semua Guru Matematik

7.   PANITIA / PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL
      Ketua : Chen Soo Fah
      Setiausaha : So Lee Vit
      AJK : Semua Guru PM

8.   PANITIA / PERSATUAN KAJIAN TEMPATAN
      Ketua : Tan Chai Har
      Setiausaha : Ho Khai Cheng
      AJK : Semua Guru KT

9.   PANITIA / PERSATUAN PENDIDIKAN MUZIK
      Ketua : Tan Hwee Yin
      Setiausaha : Tan Swee Guan
      AJK : Semua Guru Muzik
10.  PANITIA / PERSATUAN VISUAL
       Ketua : Md. Faizal Bin Mastor
       Setiausaha : Chiam Siew Yong
       AJK : Semua Guru Seni Visual

11.  PANITIA / PERSATUAN PJK
       Ketua : Md . Faizal bin Mastor
       Setiausaha : Wei Mee Fong
       AJK : Semua Guru PJK

12.  PANITIA / PERSATUAN SAINS
      Ketua : Ho Khai Cheng
      Setiausaha : Chen Soo Fah
      AJK : Semua Guru Sains

13.  PANITIA / PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
      Ketua : So Lee Vit
      Setiausaha : Wei Mee Fong
      AJK : Semua Guru Kemahiran Hidup

14.  PANITIA / PERSATUAN SIVIK  KEWANGANEGARAAN
      Ketua : Tan Swee Guan
      Setiausaha : So Lee Vit
      AJK : Semua Guru Sivik & Kewarganegaraan

15.  JAWATANKUASA KHAS PPSMI
      Pengerusi : Chua Han Nee
      Setiausaha : Chiam Siew Yong
      AJK : Semua Guru PPSMI

16.  JAWATANKUASA KHAS PIPP
      Pengerusi : Md. Faizal Bin Mastor
      Setiausaha : Wei Mee Fong
      AJK : Semua Guru

17.  JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
      Pengerusi : Chua Han Nee
      Setiausaha : Tan Hwee Yin
      AJK : Semua Guru Darjah

18.   PEMULIHAN KHAS / KIA 2M
       Ketua : Loh Wei Lan
       AJK : Semua Guru BM/MT

19.   JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
       Pengerusi : Guru Besar
       Setiausaha : Chen Soo Fah
       AJK : Wei Mee Fong
                 Lee Joo Kiow

20.   JAWATANKUASA PENILAIAN
       Pengerusi : Guru Besar
       Setiausaha : Chen Soo Fah
       AJK : Wei Mee Fong
                 Lee Joo Kiow

21.   BANK SOALAN 
       Pengerusi : Chen Soo Fah
       Setiausaha : Lee Joo Kiow
       AJK : Semua Guru

22.   JAWATANKUASA PUSAT SUMBER
       Pengerusi : Md. Faizal Bin Mastor
       Setiausaha ; Chiam Siew Yong ( G.Perpustakaan )
        AJK : Loh Wei Lan ( Pen.G.Perpustakaan )
                  Semua AJK ABM

23.   JAWATANKUASA ALAT BANTU MENGAJAR
       Ketua : Tan Chai Har
       Penolong : Chua Han Nee
       AJK : Semua Guru

24.   JAWATANKUASA PUSAT AKSES / KOMPUTER
       Ketua : Tan Hwee Yin
       Setiausaha : Mohd Jefri Bin Awang
       AJK : Semua Guru

25.   ALAT PANDANG DENGAR
       Ketua : So Lee Vit
       Penolong : Tan Chai Har
       AJK : Semua Guru

26.   JAWATANKUASA KERATAN SURAT KHABAR
       Ketua : Wei Mee Fong
       Penolong : So Lee Vit
       AJK : Semua Guru




Sejarah Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

          SJK(C) Yu Ming telah ditubuhkan pada 30.Jun.1949. Kedudukan sekolah ini terletak di dalam sebuah ladang, iaitu Ladang Kali Malaya yang jaraknya 5km dari pekan Paloh. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal.


          Pada 11.November.1976, sekolah ini telah roboh disebabkan hujan ribut. Guru-guru dan murid-murid terpaksa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di stor rumah asap estet yang terletak tidak jauh dari sekolah ini.
          Pada tahun 80an, sekolah mengahadapi masalah kekurangan murid yang teruk. Ini disebabkan pokok-pokok di estet telah ditebang dan ditanam semula dengan pokok-pokok kelapa sawit. Pekerja-pekerja ladang terutamanya penduduk berbangsa Cina telah berpindah keluar dari ladang. Bilangan murid sekolah paling kurang pasa masa itu adalah seramai 25 orang sahaja.




          Pada tahun 90an, dengan kerjasama guru besar dan pihak PIBG, bilangan murid sekolah semakin bertambah sehingga mencapai lebih kurang 100 orang. Murid-murid kebanyakkan datang dari taman-taman yang terletak di Pekan Paloh.





          Pada 14.Jun.2004, sekolah yang bersesi petang selama ini telah ditukar ke sesi pagi. Namun ini tidka menjejas jumlah bilangan murid di sekolah ini. Kini, bilangan murid masih kekal daripada 120 orang.


Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
SJK C YU MING

Kami Warga
SJK (C) Yu Ming
Dengan Penuh Tekad dan Iltizam
Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha kami

untuk

  1. Memastikan kami dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  2. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara/kerajaa.
  3. Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
  4. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan yang membina demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan, kecemerlangan akademik dan kokurikulum sekolah.
  5. Mewujudkan susana yang ceria dan selesa untuk pembejaran.

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

1. Prestasi akademik penilain PKBS sekolah mencapai melebihi 85%.

2. Prestasi peeriksaan UPSR mencapai 83.33%.

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah

"Sekolah unggul penjana generasi terbilang"


Misi Sekolah
"Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti"

Perbankan Dalam Talian

Back to TOP