SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
SJK(C) Yu Ming telah ditubuhkan pada 30.Jun.1949. Kedudukan sekolah ini terletak di dalam sebuah ladang, iaitu Ladang Kali Malaya yang jaraknya 5km dari pekan Paloh. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal.
Pada 11.November.1976, sekolah ini telah roboh disebabkan hujan ribut. Guru-guru dan murid-murid terpaksa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di stor rumah asap estet yang terletak tidak jauh dari sekolah ini.
Pada tahun 80an, sekolah mengahadapi masalah kekurangan murid yang teruk. Ini disebabkan pokok-pokok di estet telah ditebang dan ditanam semula dengan pokok-pokok kelapa sawit. Pekerja-pekerja ladang terutamanya penduduk berbangsa Cina telah berpindah keluar dari ladang. Bilangan murid sekolah paling kurang pasa masa itu adalah seramai 25 orang sahaja.
Pada tahun 90an, dengan kerjasama guru besar dan pihak PIBG, bilangan murid sekolah semakin bertambah sehingga mencapai lebih kurang 100 orang. Murid-murid kebanyakkan datang dari taman-taman yang terletak di Pekan Paloh.
Pada 14.Jun.2004, sekolah yang bersesi petang selama ini telah ditukar ke sesi pagi. Namun ini tidka menjejas jumlah bilangan murid di sekolah ini. Kini, bilangan murid masih kekal daripada 120 orang.